Rabu, 22 Oktober 2014

Vitamin untuk migrain

Salam semua..... dah lama rasanya tak menulis ni.....
Hari ni cuti start balik la menulis n cari info pasal migrain dan vitamin yang sesuai untuk migrain ni.....

Sakit kepala memang sejenis penyakit yang mudah kita hadapi. Banyak faktor yang menyebabkan sakit kepala contohnya gaya hidup yang stress, masalah sinus yang kronik, serta perubahan cuaca yang redup kepada panas yang terlalu ekstrem.

Salah satu jenis sakit kepala ialah migrain. Sekiranya diserang migrain sudah pasti akan menganggu aktiviti harian kita dan banyak perkara akan terabai dan ditangguhkan. Selalunya penghidap migrain hanya tidur seharian tanpa mampu untuk mengangkat kepala sekalipun.


Sekiranya anda penghidap migrain, ini adalah perkara yang perlu anda elakkan :

★Makanan yang mengandungi thyramine seperti keju.
★Makanan yang mengandungi MSG dan nitrat.
★Tidur yang tidak tetap.
★Stress dan tekanan.
★Membiarkan perut kosong terlalu lama.

Pengambilan makanan seimbang yang betul serta mengamalkan gaya hidup yang sihat dapat mengurangkan masalah migrain ini. Malah pengambilan supplemen semulajadi secara konsisten juga dapat menyembuhkan migrain. Insya Allah. Shaklee mempunyai 2 vitamin bagi membantu pesakit migrain melegakan rasa sakit kepala yang teruk iaitu :


Ostematrix (Kalsium, Magnesium & Vitamin D)

♥♥Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.

Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium.  Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain. Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya.

Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing.

B Complex

♥♥Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti boleh membantu mengurangkan kesakitan akibat migrain. Vitamin B lengkap dalam B Complex Shaklee memastikan anda bukan saja mengurangkan risiko diserang mograin, tapi juga mencegah penyakit-penyakit lain seperti depresi, strok dan sebagainya.

###############################################
Kekalkan Kesihatan & Kecerdasan!

Sihat & Berjaya bersama saya

Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini

Sila hubungi saya segera :

Perunding Vitamin Anda : FARAH WAHIDAH BINTI ABDULLAH

Pengedar Sah Shaklee Kawasan BALING, KEDAH

Shaklee ID [ No : 1102975 ]

Whatsapp / SMS : 0195078987

Email : faidaqisminabalqis@gmail.com

Pages fb : https://www.facebook.com/vitaminhalaldansihat

Blog : http://vitaminhalaldansihat.blogspot.com/

Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee dengan ID 1102975.

Anda boleh dapatkan produk Shaklee dari saya ye...

Stokis kecil dirumah saya sendiri......

Pengeposan seluruh malaysia....

###############################################


Posted via Blogaway

Sabtu, 18 Oktober 2014

Vitamin untuk tekanan darah rendah

Assalamualaikum dan salam satu malaysia..........

Dah banyak hari tak menulis....hari bangun awal sikit, so start entry tentang vitamin tekanan darah rendah......

Jom kita tgk vitamin apa yang disarankan....

Vita lea
♥ lengkap dengan imbangan vitamin dan mineral.

B Complex
♥ mengurangkan stress, penghasilan tenaga

ESP
♥ meningkatkan tenaga

Mealshakes
♥ lengkap dengan imbangan vitamin dan mineral

Performance Drink
♥ mengelak dihidrasi

Ostematrix
♥ kalsium penting untuk mengawal selia tekanan darah

Jom kita tengok pula apa yang dimaksudkan dengan tekanan darah rendah.....

Tekanan darah rendah (hipotensi) adalah keadaan di mana tekanan darah yang lebih rendah dari tekanan yang diperlukan oleh tubuh sehingga setiap organ dari badan tidak mendapat aliran darah yang cukup dan menyebabkan timbulnya gejala hipotensi. Tekanan darah seseorang adalah berbeza. Ini kerana ia membabitkan kawalan utama otak, buah pinggang dan ransangan di dalam salur darah.

Berikut adalah tanda-tanda tekanan darah rendah

■Cepat lelah
■Pening kepala ketika posisi badan berubah
■Sukar untuk berkonsentrasi
■Mata berkunang-kunang
■Mual
■Kulit berasa dingin, pucat dan lembap
■Pernafasan cepat dan pendek
■Defresi
■Cepat haus

Tekanan darah rendah terjadi apabila

●Kekurangan volum darah ~ cecair mengalir dalam saluran darah seperti pendarahan yang tidak boleh terkawal
●Dehidrasi ~ Dehidrasi mengurangkan kandungan cecair dalam badan seperti kes muntah yang teruk dan cirit-birit
●Masalah jantung ~ Denyutan jantung yang agak cepat mahupun sebaliknya yang terlalu lambat dan keadaan otot yang lemah

Bagi anda yang menghadapi masalah tekanan darah rendah, anda perlu melakukan perkara-perkara berikut:

♥Bangun dari duduk atau berbaring secara perlahan
♥Jangan berdiri terlalu lama
♥Jangan terlalu lama berdiri di bawah sinaran matahari
♥Diet rendah karbohidrat
♥Banyakkan minum air putih
♥Hindarkan diri dari pengambilan alkohol
♥Jika perlu tambahkan sedikit pengambilan garam
♥Melakukan aktiviti senaman secara teratur

###############################################
Kekalkan Kesihatan & Kecerdasan!
Sihat & Berjaya bersama saya
Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini

Sila hubungi saya segera :

Perunding Vitamin Anda : FARAH WAHIDAH BINTI ABDULLAH
Pengedar Sah Shaklee Kawasan BALING, KEDAH
Shaklee ID [ No : 1102975 ]
Whatsapp / SMS : 0195078987
Email : faidaqisminabalqis@gmail.com
Pages fb : https://www.facebook.com/vitaminhalaldansihat
Blog : http://vitaminhalaldansihat.blogspot.com/
Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee dengan ID 1102975.
Anda boleh dapatkan produk Shaklee dari saya ye...
Stokis kecil dirumah saya sendiri......
###############################################


Posted via Blogaway


Posted via Blogaway

Selasa, 14 Oktober 2014

Vitamin cegah darah tinggi

Assalamualaikum dan salam 1 malaysia.....

Semalam tak sempat conteng2 dalam ni, hari ni macam ada masa sikit...hihi....
ok hari ni saya nak kongsi tentang vitamin untuk darah tinggi, mak ayah saya pun darah tinggi, saya bagi mak ayah makan vivix, omega, garlic dan ostematrix....Alhamdulillah dengan izin Allah mak dan ayah dah semakin sihat....

Disini ada banyak vitamin yang dicadangkan untuk cegah darah tinggi ni....

♥ Omega guard
♥ Vita E
♥ Lechitin
♥ Garlic
♥ ESP
♥ B Complex
♥ Ostematrix
♥ Vita C
♥ Phytocol ST
♥ Vivix

Khasiat vitamin-vitamin

♥♥OmegaGuard
~ Melancarkan darah, menghalang pembekuan darah
~ Merupakan pelincir paling licin daripada alam semulajadi. Ia dijumpai dalam membran sel-sel yang melapisi saluran darah dan juga di membran sel-sel yang melapisi saluran darah dan juga di membran sel-sel darah itu sendiri. EPA mempunyai fungsi yang unik apabila menghadapi tekanan darah tinggi. Ia 'melincirkan' dinding dalaman saluran darah dan membuatkan sel-sel darah merah lebih licin.
~ menyebabkan sel-sel darah merah menganjal dan mudah lentur, dengan itu lebih mudah mengalir menerusi tempat-tempat sempit. Hasil daripada semua kesan ini ialah pengaliran darah yang lebih mudah dan lebih licin. Ini bermakna jantung kita tidak perlu mengepam begitu keras untuk mengedarkan darah ke seluruh badan , hasilnya kita dapat menikmati tekanan darah lebih rendah.

♥♥Vita E - Defisiensi selenium berkait pada penyakit jantung

♥♥Lecithin - Mengemulsi lemak

♥♥Garlic - Merendahkan tekanan darah

♥♥ESP - Menurunkan tahap kolestrol & mengelak penyakit jantung

♥♥B-Complex - Menurunkan stress.

♥♥OsteMatrix
~ Defisienci kalsium berkait dengan tekanan darah  tinggi, regulasi jantung
~ meningkatkan pengambilan kalsium akan mengurangkan lebih 70% kejadian hipertensi ketika hamil. Praeklampsia (tekanan darah tinggi, penakungan cecair, bengkak nampak, air kencing bercampur protein, pening-pening, penglihatan kabur, loya) dikurangkan lebih 60%.

♥♥Vita-C - Menghalang pembekuan darah

♥♥Phytocol ST - Menghalang kolesterol baru terjadi

♥♥Vivix - Mengimpak 4 mekanisme utama penuaan selular

Bagi yang mempunyai masalah kekangan bajet untuk memiliki kesemua vitamin untuk darah tinggi, saya cadangkan untuk mengambil Set Asas Darah Tinggi terlebih dahulu iaitu:

♥OmegaGuard
♥Vita E
♥Lecithin
♥Garlic

Apa kata kita tengok apa itu yang dimaksudkan darah tinggi...

Tekanan Darah Tinggi

Pengenalan

Hypertensi atau Tekanan darah tinggi adalah penyakit dalam diam yang mengakibatkan banyak komplikasi dan juga kematian jika tidak dirawat. Di Malaysia, Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan III menunjukan peratus kejadian penyakit ini adalah 32.3%.

Tekanan Darah

Jantung anda bekerja seperti sebuah pam yang mengecut dan rehat.

Penyebab hypertensi selalunya tidak diketahui walaupun selepas pemeriksaan doktor.

Walau bagaimanapun hypertensi boleh disebabkan oleh:

■■Penyakit buah pinggang
■■Ubatan seperti steroid, ubat antiradang bukan steroid
■■Faktor keturunan
■■Alkohol dan merokok boleh meningkatkan risiko komplikasi hypertensi (termasuk penyakit jantung dan strok/angin ahmar)

Tanda & gejala

●●Selalunya, hypertensi tidak menunjukan sebarang tanda dan gejala.
Kadang-kadang pesakit mungkin mengalami tanda-tanda yang tidak spesifik seperti pening atau sakit kepala.
Periksa tekanan darah anda secara berkala di Klinik Kesihatan berdekatan. Doktor akan menasihatkan anda tentang kekerapan untuk memeriksa tekanan darah.

Komplikasi

■Komplikasi-komplikasi Tekanan darah tinggi akan menyebabkan tekanan keatas organ-organ penting terutamanya otak, jantung, buah pinggang dan mengakibatkan kerosakan. Jenis kerosakan bergantung kepada berapa lama dan berapa cepat tekanan darah meningkat.

Peningkatan mendadak tekanan darah

★★Boleh menyebabkan kekeliruan, khayal, sawan dan kematian, maka hendaklah dirawat segera
★★Tekanan darah tinggi berterusan. Tekanan berterusan keatas organ-organ tubuh akan menyebabkan :-

■jantung- menyebabkan kegagalan jantung, serangan jantung dan kematian
■pembuluh darah- pembuluh darah menjadi keras
■buah pinggang- mengakibatkan kegagalan buah pinggang
■mata- pendarahan dan kerosakan pada kawasan sensitif cahaya dalam mata
■otak- strok/angin ahmar

Semua komplikasi di atas dapat di cegah jika anda mendapatkan rawatan awal.

Rawatan

Tekanan darah tinggi anda boleh di rawat secara

♥Rawatan tanpa ubatan
♥Anda perlu mengubah cara hidup seperti
♥Kurangkan pengambilan garam
♥Meningkatkan aktiviti-aktiviti fizikal
♥Mengurangkan berat badan jika berlebihan melalui senaman dan ♥pemakanan
♥Berhenti merokok dan pengambilan alkohol
♥Hindari stress

###############################################
Kekalkan Kesihatan & Kecerdasan!
Sihat & Berjaya bersama saya
Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini

Sila hubungi saya segera :

Perunding Vitamin Anda : FARAH WAHIDAH BINTI ABDULLAH
Pengedar Sah Shaklee Kawasan BALING, KEDAH
Shaklee ID [ No : 1102975 ]
Whatsapp / SMS : 0195078987
Email : faidaqisminabalqis@gmail.com
Pages fb : https://www.facebook.com/vitaminhalaldansihat
Blog : http://vitaminhalaldansihat.blogspot.com/
Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee dengan ID 1102975.
Anda boleh dapatkan produk Shaklee dari saya ye...
Stokis kecil dirumah saya sendiri......
###############################################


Posted via Blogaway

Ahad, 12 Oktober 2014

Bahaya resdung

Assalamualaikum dan salam 1 malaysia.,..

Hari ni saya nak kongsikan tentang 1 penyakit yang kadang orang ambil ringan...bila baca ni mesti takut....jom baca....

Resdung Istilah Perubatan Tradisional -
♥Ia merupakan kerengsangan hidung yang boleh menyebabkan hidung dan organ-organ lain menjadi gatal dan menimbulkan ketidakselesaan.

Resdung Istilah Saintifik -
♥Merupakan virus kanser yang hidup di bawah lapisan kulit. Ia mengalirkan darah kotor yang menjadi punca kepada kerosakan kulit muka. Virus ini turut mengalir bersama darah yang boleh menjadi punca kepada kerosakan organ-organ tertentu dalam badan.

☆Resdung adalah perkataan yang digunakan untuk menggambarkan pelbagai penyakit hidung. Salah satu punca gejala resdung adalah akibat jangkitan bakteria keatas hidung dan rongga disekelilingnya.
☆Dianggarkan hampir 25% penduduk negara ini mengalami penyakit resdung yang serius. Diantara tanda-tanda resdung ialah gatal-gatal, hidung berhigus atau tersumbat, sakit kepala terutama di dahi dan pipi, kelumumur yang berterusan walaupun bermacam syampu dan ubat telah digunakan.
☆Penyakit resdung juga dikenali 'sinusitis'. Ramai yang tidak memandang serius tentang penyakit ini tapi sebenarnya boleh mendatangkan bahaya kepada penghidapnya.
☆Untuk kanak-kanak, ia boleh sebabkan jangkitan sellulitis dan merah pada bahagian mata. Akhirnya boleh menyebabkan buta. Manakala untuk orang  dewasa, ia boleh menyebabkan nanah daripada sinus frontal tidak dapat keluar daripada hidung dan akan masuk serta memenuhi ruang dalam otak. Ini akan menyebabkan dinding pemisah akan menjadi semakin tebal dan boleh mengakibatkan sinus mudah tersumbat.


APAKAH SINUS ?
●Sinus merupakan rongga atau ruang udara yang berada di tulang muka. Rongga ini bersambung ke hidung melalui saluran yang sangat kecil. Biasanya lendir dihasilkan oleh rongga ini setiap masa dan disalirkan kedalam hidung.

●Ramai beranggapan tulang muka padat (solid) sebenarnya mengandungi ruang-ruang udara.

●Ruang-ruang udara ini, menjalankan fungsinya bagi meringankan tulang-tulang kepala untuk dengungan (resonance) normal suara manusia.

●Ruang-ruang sinus ini sebenarnya mempunyai pintu yang terbuka yang menghubungi ruang tersebut dengan hidung.

●Sehubungan itu, pintu-pintu perhubungan ini menyebabkan penyakit di hidung boleh masuk ke dalam sinus di mana ia sering keluar ke ruang hidung.

●Jika aliran dari sinus ini tersumbat maka lendir ini akan berkumpul seterusnya kumam (bakteria) akan membiak didalam rongga sinus ini. Ini menyebabkan penghasilan nanah dan juga bengkakkan didalam lapisan hidung.

APA YANG TERDAPAT PADA SINUS YANG NORMAL
■Pada sinus yang normal, terdapat ruang udara dan sedikit cecair yang sentiasa dihasilkan oleh dinding sinus.

■Seperti dinding ruang hidung, ia sentiasa dibasahi bagi mengawal kelembapan (humidity) yang terdapat dalam paru-paru mengikut kesesuaian paru-paru manusia.

■Bagaimanapun, cecair ini tidak statik sentiasa mengalir keluar dari sinus melalui pintu dan terus ke hidung.

■Dari hidung ia akan mengalir masuk ke belakang hidung terus masuk ke dalam tekak.

Kebanyakan penyakit sinus disebabkan oleh penyakit-penyakit hidung.

Terdapat empat ruang sinus utama iaitu :

* Sinus maxilla
* Sinus ethmoid
* Sinus frontal
* Sinus sphneoid

APAKAH RESDUNG (SINUSITIS)
♡Resdung merupakan sejenis penyakit di mana terjadinya radangan pada rongga sinus yang disebabkan oleh jangkitan kuman.

Antara kuman yang menjadi punca penyakit ini ialah:

* Streptococcus
* Staphylococcus

♡Pada keadaan normal, kedua-dua jenis kuman ini sememangnya sedia ada terdapat pada rongga hidung tetapi ia tidak menyebabkan apa-apa penyakit.

♡Malah, dengan sistem pertahanan tubuh yang kuat ia dapat dikawal. Sebaliknya, sekiranya berlakunya kepincangan pada pertahanan tubuh bakteria ini dapat membiak tanpa kawalan dan menyebabkan resdung.

GEJALA RESDUNG (SINUSITIS)
• Hidung selalu tersumbat
• Lender dari hidung dan tekak
• Sakit atau rasa berat muka terutama kawasan diantara mata
• Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang
• Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan
• Gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya

KEMUDRATAN RESDUNG (SINUSITIS)
• Jangkitan nanah dikawasan sekeliling mata
• Jangkitan otak
• Sakit tekak yang kronik
• Jangkitan tulang muka
• Menerukkan keadaan lelah
• Berdengkur secara kronik
• Menyebabkan jangkitan telinga dan tonsil
• Alahan hidung
• Selsema biasa yang melarat

PUNCA BAKTERIA MEMBIAK
☆Punca utama yang menyebabkan bakteria membiak apabila pintu-pintu rongga sinus tersumbat. Ia tersumbat apabila berlakunya:

a]. Radangan pada hidung.

Faktor-faktor yang menyebabkan radang hidung ialah apabila berlakunya:

* Jangkitan kuman dan alergi (alahan).

Sekiranya keadaan ini berlaku dinding hidung membengkak. Apabila lapisan ini membengkak ia akan menutup pintu sinus.

b]. Ketumbuhan atau polip pada hidung di mana tumor ini menutup pintu rongga sinus (ostia) seperti ketumbuhan malignant (kanser    di hidung)

Apabila ostia tertutup cecair daripada rongga sinus tidak dapat keluar dan bertakung. Apabila berlakunya takungan ini, bakteria akan membiak yang menyebabkan terjadinya resdung.

c]. Jangkitan pada gigi geraham atas

Akar umbi gigi geraham atas berada di sinus maxilla. Apabila seseorang mengalami sakit gigi, ia akan menjangkiti akar gigi dan keluar ke sinus. Keadaan ini berlaku sekiranya gigi yang berpenyakit tidak dapat dikeluarkan sepenuhnya oleh doktor gigi. Ada kalanya dalam proses mencabut gigi, akarnya terpatah dan tertinggal.

d]. Genetik

Resdung bukanlah penyakit genetik, tetapi alahan yang diwarisi yang menyebabkan sinusitis itu merupakan genetik.

JENIS  RESDUNG (SINUSITIS)

*  Akut
*  Kronik

AKUT
■Ia berlaku dalam tempoh dua minggu bermula dengan jangkitan rhinitis atau serangan alahan yang berulang-ulang yang serius pada hidung. Keadaan ini menyebabkan tersumbatnya hidung.
Sekiranya resdung akut tidak dirawat dengan sempurna, cairan dalam rongga sinus itu tidak dapat dikeluarkan dengan rawatan. Sehubungan itu jangkitan akan berlaku berterusan, tetapi tahap keterukannya tidak seteruk resdung pada peringkat kronik.

Antara ciri-cirinya ialah :

* Hidung berair, tersumbat dan terjadinya rasa sakit berdenyut di muka dan bahagian depan kepala terutama di dahi dan pipi.
* Serangan biasanya berlaku pada waktu pagi dan semakin berkurangan pada waktu petang.
* Rasa sakit apabila seseorang tunduk dan sujud.

KRONIK
■Serangan resdung akut yang kerap berlaku akan menyebabkan penyakit ini berubah menjadi kronik.
■Seseorang yang menghidap resdung pada peringkat kronik, pesakit akan mengalami:
■Kegatalan pada bahagian muka yang teruk
■Jerawat yang banyak, ada juga individu yang tak berjerawat.
■Kerap bersin pada waktu pagi
■Ada kalanya hidung tersumbat
■Tanpa demam tetapi hingus bertambah
■Sakit pada bahagian muka berkurangan tetapi selalu sakit kepala
■Cecair hingus berwarna hijau dan berbau busuk. Ada kalanya bau busuk ini tidak dapat dirasai atau disedari oleh pesakit tetapi disedari oleh ahli keluarga atau rakan-rakan sekeliling.

INDIVIDU BERISIKO
* Mereka yang alah kepada habuk dan makanan yang menyebabkan hidung mereka tersumbat
* Mereka yang mempunyai ketumbuhan dalam hidung
* Mereka yang mempunyai kelainan (abnormality) dalam hidung seperti septum dinding pemisah hidung yang bengkok
* Turbinate dinding tepi hidung terdiri daripada tiga turbinate iaitu tulang-tulang dinding yang mempunyai para. Mereka yang mempunyai turbinate yang besar, berisiko untuk mendapat resdung kerana ia menyumbat sinus.

KOMPLIKASI

Resdung yang tidak dirawat dengan sempurna boleh mengakibatkan komplikasi serius kepada kanak-kanak dan orang dewasa.

* Kanak-kanak
♡Resdung di kalangan kanak-kanak menyebabkan ia merebak ke dalam mata, mengakibatkan jangkitan sellulitis dan nanah (abses) mata. Sekiranya ia dibiarkan, ia boleh menyebabkan mata menjadi buta.

♡Punca yang menyebabkan kanak-kanak berisiko menjadi buta kerana dinding pemisah ethmoid dengan mata sangat tipis di mana sinus frontal mereka masih belum terbentuk.

♡Sehubungan itu nanah akan dikeluarkan dari rongga mata.

♡Pada tahap kritikal doktor akan membuat satu laluan supaya cecair dari sinus ethmoid dapat dikeluarkan dari hidung dan ia tidak bertakung lagi.

* Dewasa
♥Bagi orang dewasa, nanah dari sinus frontal tidak dapat keluar dari hidung dan akan masuk memenuhi ruang dalam otak. Dinding pemisah ini menjadi semakin tebal dan sinus frontal telah terbentuk dengan sempurna.

♥Bagaimanapun, keadaan ini mengakibatkan ostia mudah tersumbat. Bahagian sinus maxilla merupakan kawasan yang sering dijangkiti resdung, tetapi komplikasinya amat jarang berlaku.

♥Ini kerana nanah tidak boleh menembusi dinding maxilla yang tebal. Namun, sekiranya nanah merebak ke dalam otak, pesakit perlu menjalani pembedahan sinus frontal dan pembedahan neurosurgery. Bagi kes-kes seumpama ini, kadar kematian meningkat hingga 40 peratus

Vitamin yang disarankan untuk penyakit resdung ni ialah :-

1) Alfalfa Complex
2) Vitamin C
3) B Complex 

Berikut adalah fungsi setiap vitamin tersebut...

ALFALFA COMPLEX

- Mempunyai kelebihan dalam mengurangkan keradangan sakit itu sendiri
- Ia kaya dengan sumber klorofil dan membantu mengurangkan keradangan terutama akibat dari ekzema, resdung, alergik dan kegatalan.
* Pesakit SLE tidak digalakkan ambil Alfalfa..

B COMPLEX

- B6 penting untuk pemuliharaan selaput lendir yang sihat dan membantu pengeluaran antibodi badan
- Membantu dalam pembinaan protein dalam tubuh
- Membantu hati menghasilkan glikogen yang diperlukan oleh kulit untuk menyingkirkan sel-sel mati
- Memelihara sistem saraf dan berfungsi sebagai anti-stress

VITAMIN C

- Bertindak sebagai anti-histamin tanpa perlu kita mengalami side effect dari pengambilan drugs anti histamin
- Menstabilkan pengeluaran histamin dalam tubuh
- Membantu mencegah penyempitan tiub bronkiol
- Meningkatkan fungsi T-Cell dan Macrophage (Fungsi sistem pertahanan badan, sel darah putih)
- Meningkatkan pertumbuhan tisu.

Produk Shaklee bukan ubat, ia makanan tambahan dibuat dari bahan semulajadi yang baik untuk meningkatkan kualiti hidup.

Bila badan cukup zat, ia akan pulihkan diri sendiri. 

###############################################
Kekalkan Kesihatan & Kecerdasan!
Sihat & Berjaya bersama saya
Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini
Sila hubungi saya segera :

Perunding Vitamin Anda : FARAH WAHIDAH BINTI ABDULLAH
Pengedar Sah Shaklee Kawasan BALING, KEDAH
Shaklee ID [ No : 1102975 ]
Whatsapp / SMS : 0195078987
Email : faidaqisminabalqis@gmail.com
Pages fb : https://www.facebook.com/vitaminhalaldansihat
Blog : http://vitaminhalaldansihat.blogspot.com/
Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee dengan ID 1102975.
Anda boleh dapatkan produk Shaklee dari saya ye...
Stokis kecil dirumah saya sendiri......
###############################################


Posted via Blogaway

Jumaat, 10 Oktober 2014

Apa itu keputihan wanita?

Assalamualaikum dan salam 1 malaysia....

Hari ni saya share tentang keputihan wanita....

Setiap wanita jgn ambil ringan dengan permasalahan ini....klu ada yg mengalami...cepat2 ubati, bg yg belum mengalaminya, lebih baik mencegahi...

Apakah itu keputihan?

Di kalangan pakar perubatan, keputihan dikenali dengan istilah Leucorrhoe atau Fluor Albus. keputihan sebenarnya adalah cairan yang keluar dari vagina. keputihan ada dua jenis iaitu normal dan abnormal yang sudah menjadi penyakit. kamu perlu prihatin dengan jenis keputihan kedua ini.

Keputihan normal

Dalam keadaan normal, cairan yang keluar adalah bening, tidak berwarna, tidak berbau dan tidak gatal. Keputihan normal ini juga boleh dijadikan ukuran tingkat kesuburan si gadis. Sekiranya cairan putih bening ini sepanjang 20cm, ini menandakan yang kamu sangat subur. Cairan ini juga dikenali dengan nama cairan ovulasi.

Keputihan abnormal

Berupa cairan seperti susu, cairan yang likat dan liat berwarna kekuningan atau kadang-kadang seperti gumpalan keju yang boleh menimbulkan rasa gatal. Sekiranya agak parah, cairan ini boleh berwarna keabuan sehingga kehijauan dan berbau hanyir serta busuk.

Punca keputihan abnormal

Ada beberapa sebab berlakunya keputihan abnormal. ingin tahu apakah dia?Antaranya ialah:

1. Kamu terlalu penat.
2. Berada dalam situasi yang sangat tertekan.
3. Jangkitan.

Ketahui pula jenis jangkitan

Sekiranya kamu merasakan keputihan abnormal kamu berlaku kerana jangkitan, cepat kenal pasti jenis jangkitannya agar lebih mudah untuk kamu mencari penawarnya.

1. Kurap Candidas atau Monilia
Warna putih susu, likat, berbau yang agak kuat dan vagina menjadi gatal.

2. Parasit Trichomonas Vaginalis
Cairan keputihan akibat parasit kental, berbuih, berwarna kuning atau kehijauan dengan bau hanyir.

3. Bakteria Gardnella
Boleh membuatkan vagina rasa gatal dan sangat terganggu. warna cairannya adalah keabuan, berair, berbuih dan berbau hanyir.

4. Virus
Keputihan akibat infeksi virus juga sering ditimbulkan akibat penyakit kelamin seperti Condyloma, herpes, HIV / AIDS.

5. Benda asing
Hal yang satu ini kita sering abaikan, namun sebenarnya ia sangat penting. Benda-benda yang tidak sengaja masuk ke dalam vagina seperti rambut ataupun benang dari seluar dalam.

Di sini terdapat vitamin yg disarankan untuk merawat atau mencegah keputihan wanita ini....

VITAMIN KEPUTIHAN:

1) Alfalfa Complex -
♥♥produk yang amat sinonim dengan masalah keputihan. Ia adalah antara suplemen yang bersifat anti kulat. Alfalfa sangat membantu terutama sekali berkaitan masalah dalaman wanita. Ia mengandungi phytoestrogens yang berfungsi seperti Kacip Fatimah. Sifat ini sangat membantu terutamanya  bagi mereka yang mempunyai masalah dalam "hubungan" suami isteri.

2) Garlic
♥♥juga membantu dalam mengatasi masalah keputihan. Ia adalah antibiotik semulajadi serta antikulat juga.

3) B Complex
♥♥ Kekurangan vitamin B menyebabkan infeksi vagina

4) GLA complex
♥♥Bahan Antikulat

###############################################
Kekalkan Kesihatan & Kecerdasan!
Sihat & Berjaya bersama saya
Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini
Sila hubungi saya segera :

Perunding Vitamin Anda : FARAH WAHIDAH BINTI ABDULLAH
Pengedar Sah Shaklee Kawasan BALING, KEDAH
Shaklee ID [ No : 1102975 ]
Whatsapp / SMS : 0195078987
Email : faidaqisminabalqis@gmail.com
Pages fb : https://www.facebook.com/vitaminhalaldansihat
Blog : http://vitaminhalaldansihat.blogspot.com/
Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee dengan ID 1102975.
Anda boleh dapatkan produk Shaklee dari saya ye...
Stokis kecil dirumah saya sendiri......
###############################################



Posted via Blogaway

Fahami kitaran haid dan waktu subur wanita


Assalamualaikum dan salam 1 malaysia.....

Artikel ini dipetik dari blog Dr Azwan...

Mari kita kongsi dan fahami bersama-sama tentang kitaran haid kita sebagai seorang wanita...

KENAPA ANDA PERLU TAHU WAKTU SUBUR WANITA?

Ada 2 sebab utama :-
1. Untuk memudahkan mendapat zuriat
2. Untuk mengelakkan daripada mendapat zuriat.
Kedua-duanya adalah sama penting. Ilmu ini mungkin boleh anda sebarkan dan digunakan secara praktikal.

FAHAMI KITARAN HAID

♥♥Saya cuba permudahkan sebab kitaran haid ni agak kompleks dan payah sikit nak paham. Tetapi cuba fahami. Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan secara puratanya ialah 28-30 hari. Tapi wanita masing2 ada kitarannya sendiri ada 25 hari ada yang lambat sampai 35 hari. Tetapi secara puratanya ialah 28-30 hari.

Terdapat beberapa fasa di dalam kitaran haid. Anda perlu memahami fasa ini.

Hari 1-4

♥♥Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) - ketika ini darah haid keluar. Hari pertama period adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda di kalendar dan tamat selepas berapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari di dalam sebulan.

Hari 5-13

♥♥Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.

Hari 14

♥♥Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalu saluran falopio ke rahim.

Hari 15-28

♥♥Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya, sejenis hormone dipanggil progestrone di rembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah progestrone semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh sebagaimana runtuhnya tembok Berlin. Proses akan mengalami kitaran semula pada hari 1.

BILAKAH WAKTU SUBUR?

♥♥Setelah anda faham kitaran haid di atas, waktu yang terbaik untuk bersama suami-isteri ialah pada hari ovulasi berlaku. Ini adalah kerana ketika itu telur baru sahaja keluar daripada sarangnya.
Bilakah secara tepat ia berlaku? Sebenarnya ia adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama period seterusnya atau ketika fasa luteal bermula.
** (14 days from the 1st day of your NEXT period - NOT your previous period)

♥♥Tak faham? Macam ni. Katalah dia period 28 hari, maka hari subur ialah 28 hari - 14 hari = 14 hari. Jadi, hari ke 14 itu adalah hari subur. Katalah period bulan itu 30 hari, maka 30 hari - 14 hari = hari ke 16 ialah hari subur bukan lagi hari ke 14. Sekiranya periodnya 35 hari maka 35-14 = hari ke 21 adalah waktu suburnya.

♥♥Ini adalah kerana fasa luteal pada kiraanya adalah biasanya tepat 14 hari setelah berlakunya ovulasi, sedangkan fasa folicullar boleh berubah2. Jadi waktu subur adalah 14 hari sebelum hari pertama period yang seterusnya. Sekiranya period anda adalah tetap 28 hari, tak jadi masalah untuk mengira waktu subur anda. Sekiranya period anda berubah-ubah, inilah timbulnya masalah mengira waktu subur.

CARA LAIN MENGETAHUI WAKTU SUBUR

♥♥Pada waktu subur, suhu badan wanita akan naik sedikit dalam satu darjah celcius. Juga terdapat lendiran cecair yang jernih daripada kemaluan. ini adalah disebabkan hormon yang meningkat ketika itu. Di Amerika terdapat kit untuk mengetahui kesuburan wanita melalui air kencing wanita tapi saya tak pernah jumpa lagi di klinik2 di K.Lumpur.

MENGANGGAR WAKTU TERBAIK UNTUK MENDAPAT ZURIAT

♥♥Oleh kerana telur atau ovum tidak mempunyai jangka hayat yang panjang, iaitu dalam lingkungan 1-2 hari sahaja, maka tingkap untuk mendapatkan zuriat adalah sangat terhad. Oleh itu Allah mencipta sperma dengan kelebihan yang lain pula.

♥♥Selain daripada berjuta-juta sperma dilepaskan (setiap seorang lelaki adalah jutawan!), ia juga boleh bertahan selama 3-5 hari. Ini bermakna, sekiranya suami isteri bersama 3 hari sebelum waktu subur, atau 2 hari selepas waktu subur, maka ada peluang untuk telur itu berjumpa dengan sperma yang hidup lebih lama.

♥♥Oleh itu, untuk mendapatkan zuriat, pasangan boleh bersama setiap malam (atau siang hari kecuali pada bulan Ramadhan) pada hari ke 11, 12, 13, 14, 15, 16 period untuk mendapatkan waktu optimum hari kesuburan sekiranya period anda datang 28 hari. Itu adalah menganggarkan waktu subur adalah pada hari ke 14.

♥♥Anda boleh cuba setiap bulan untuk beberapa bulan sekiranya tidak berhasil. Ini adalah untuk memastikan waktu subur adalah sesuai dengan waktu bersama anda.

MENGELAKKAN MENGANDUNG MELALUI CARA KIRAAN

♥♥Selain daripada untuk mendapatkan zuriat, ada pasangan yang ingin mengelakkan mengandung dengan cara mengira kalendar.
Untuk pengetahuan anda, cara mengira melalui kalendar adalah berisiko dan tidak beberapa tepat. Ini adalah kerana anda mungkin boleh tersilap kira, atau kedatangan haid yang tidak beberapa teratur menyebabkan tarikh subur lari dari kebiasaan.

♥♥Oleh kerana anda tahu sperma boleh bertahan selama 5 hari di dalam rahim (ada kajian menunjukkan 7 hari !), jadi 5 hari sebelum dan selepas hari kesuburan adalah waktu yang dianggarkan tidak boleh bersama isteri ataupun terpaksa menggunakan cara kontraseptif yang lain.

♥♥Ada juga yang meletakkan 3 hari sebelum dan selepas waktu subur. Ini lebih rapat dan lebih berisiko. Terpulang kepada anda sendiri. Seperti yang saya khabarkan tadi, cara ini tidak beberapa tepat dan mempunyai risiko yang tersendiri.

♥♥Saya harap info ini boleh membantu pasangan suami isteri menganggar waktu yang terbaik untuk bersama dan waktu terbaik untuk mengelak daripada bersama.

Vitamin yang ada dalam SET KESUBURAN PREMIUM Optimum Shaklee ada 6 jenis untuk wanita atau isteri :

(1) ESP (Protein)
Protein ialah makanan asas kepada sel. Sel yang sihat akan memudahkan proses yang berkaitan persenyawaan dan proses pembentukan janin. Protein yang tidak mencukupi dalam badan pula akan mengganggu kualiti sel pembiakan lelaki dan wanita. Bagi individu yang mempunya masalah sel telur ovum yang tidak matang, sedikit, kecil dan tidak sihat,  disarankan mengambil ESP sebagai sumber protein. Ramai yang tersalah sangka yang ESP ni hanya untuk isteri, tapi sebenarnya suami pun boleh ambil. Tapi dalam kes ini, biar isteri sahaja yang ambil. Suami ada vitamin khas yang lain.

(2) Vita-Lea (Multivitamin)
Multivitamin lengkap untuk keperluan badan. Vita-Lea dirumus khas bagi memenuhi keperluan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.  Kekurangan vitamin penting boleh menjejaskan kualiti sperma lelaki dan telur wanita atau ovum

(3) Vitamin C
Membantu proses menghasilkan atau sintesis hormon seks dan kesuburan

(4) B-Complex
Memberi rasa tenang dan rilek serta menghindarkan stress. Seperti yang kita sedia maklum, tubuh dan otak stress menjadi antara  faktor penghalang untuk kehamilan terjadi. Jadi disinilah B-Compleks memainkan peranannya untuk menenangkan minda yang tertekan sekaligus meningkatkan peluang kehamilan

*ESP, Vita-Lea, B-Comp & Vit-C adalah Vitamin Asas yang utama untuk kesihatan badan.

(5) Alfalfa
Sangat baik diamalkan oleh wanita, membantu atasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak teratur atau senggugut/ sakit pinggang yang melampau tatkala di datangi haid (makan alfalfa bersama kalsium), dan turut membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti Kacip Fatimah).

(6) GLA Complex –
Sangat baik diamalkan oleh wanita, terutama yang menghadapi masalah haid tidak teratur atau sakit sebelum haid (PMS). GLA (Gamma Linolenic Acid) ini dapat bantu wanita menghasilkan cecair serviks yang subur & berkualiti, yang juga dikenali sebagai “Mukus serviks putih telur (egg white cervical mucus)“. Mukus ini berfungsi untuk melindungi dan memudahkan sperma berenang ke ovum dengan lancarnya. Ia juga menyediakan medium yang subur untuk beberapa jangkamasa yang agak lama iaitu 4-5 hari yang sekaligus memberi peluang untuk si isteri mengandung walaupun seks dilakukan selepas waktu subur.

###############################################
Kekalkan Kesihatan & Kecerdasan!
Sihat & Berjaya bersama saya
Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini
Sila hubungi saya segera :

Perunding Vitamin Anda : FARAH WAHIDAH BINTI ABDULLAH
Pengedar Sah Shaklee Kawasan BALING, KEDAH
Shaklee ID [ No : 1102975 ]
Whatsapp / SMS : 0195078987
Email : faidaqisminabalqis@gmail.com
Pages fb : https://www.facebook.com/vitaminhalaldansihat
Blog : http://vitaminhalaldansihat.blogspot.com/
Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee dengan ID 1102975.
Anda boleh dapatkan produk Shaklee dari saya ye...
Stokis kecil dirumah saya sendiri......
###############################################


Posted via Blogaway