Jumaat, 3 Oktober 2014

Ingin hamil lagi dan amalan ketika hamil

Assalamualaikum dan salam 1 malaysia....

InsyaAllah dengan izin Allah saya mahu hamil lagi....
Saya mahukan anak soleh dan solehah serta berjaya di dunia dan akhirat....
So penjagaan awal kehamilan amat penting untuk saya dan ibu hamil yang lain.... disini saya nak kongsi beberapa amalan harian yg buleh di amal oleh hamil...

Penjagaan awal kandungan
Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa hamil ialah

* Saidul (penghulu) Istighfar
* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3 : 8-9)
* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3 : 38 )
* Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)

* Surah Al-Fatihah (Untuk terang hati dan kuat ingatan)
* Surah Maryam (Untuk memudahkan ibu bersalin)
* Surah Yusuf (Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak)
* Surah Luqman (Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa)
* Surah Yaasin (Untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat)
* Surat Toha (Semoga bayi lembut hati)
* Surah Al-Nahl (Untuk melahir anak yang berdisplin)
* Surah Hujurat (Untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati)
* Surah Al-Taubah (Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat)

Selain daripada surah dan doa, terdapat beberapa perkara yang elok diamalkan agar anak yang dilahirkan sejahtera dan berakhlak mulia. Antaranya:

1. Banyak mengingati Allah SWT dengan memohon ampun dan taubat supaya Allah SWT akan mengampunkan segala dosa yang telah dilakukan selama ini dan seterusnya akan membersihkan hati dari perasaan yang tidak baik. Dengan ini juga diharap anak yang bakal lahir nanti bersih hatinya dan ibu dapat bersalin dengan tenang dan selamat

2. Banyak melakukan ibadat, membuat kebajikan dan meninggalkan segala larangan agama. Perempuan hamil dituntut memperbanyakkan amal ibadat seperti sembahyang sunat, puasa sunat terutama Isnin dan Khamis serta sentiasa menjaga syariat. Bukan sahaja isteri, suami juga dituntut sama.

3. Sentiasa berakhlak baik. Ibu-ibu yang sedang mengandung harus lebih banyak bersabar, bersikap baik dengan jiran, menghormati ahli keluarga dan teman-teman. Tingkah laku yang baik akan mempengaruhi sikap anak yang bakal lahir.

4. Sentiasa tenang dan gembira. Keadaan emosi yang tenang dan bahagia merupakan rangsangan kepada pembinaan otak seterusnya kelahiran bayi yang sihat, terangsang, pintar dan cerdas.

Tips pemakanan semasa mengandung

Nasihat Pemakanan

1) Jangan makan nenas – sebab tajam terutama di awal 3 bulan pertama kandungan boleh menyebabkan keguguran.
2) Jangan makan pucuk/ulam2 melarat atas tanah (ulam pegaga) – sebab takut uri melekat dalam rahim waktu bersalin.
3) Jangan makan ulaman berbau seperti petai dan jering waktu hujung kandungan – sebab nanti air mentuban berbau busuk.
4) Jangan minum ais – sebab melemahkan anggota badan tapi kebiasaannya waktu kita mengandung kita kan senantiasa rasa panas dan memang nak cari ais jek.
5) Jangan travel jauh2 di waktu awal 3 bulan kandungan – takut rahim lemah dan tak dapat menahan dari keguguran.

Banyakkan :-

1) Makan buah2an – biasanya ibu mengandung hadapi masalah buang ar besar.
2)Makan sedikit2 tetapi lebih kerap di pertengahan hingga hujung kandungan sebab bila bayi makin membesar akan menghimpit ruang usus menyebab kita cepat rasa senak dan mengah.
4) Ikut nasihat doktor tentang penjagaan kandungan
5) Ambil supplement atau vitamin untuk kesihatan diri dan kandungan.
Vitamin yg menjadi pilihan ramai ialah vitamin shaklee..

♡~ vitalea with iron formula :
bertindak sebagai multivitamin, vitalea shaklee sememangnya telah dilengkapi dengan kandungan zat besi bagi memenuhi keperluan ibu mengandung. hasilnya badan akan sentiasa merasa sihat kerana si ibu mendapat segala nutrisi yang diperlukan ketika hamil. 

♡~vitamin c :
penting sebagai menyokong kesihatan jantung,meningkatkan imuniti badan, keutuhan sel serta kesihatan mata, gusi, tulang, otot dan pembuluh darah. 

♡~B complex :
membantu meningkatkan kandungan sel darah merah dan hemoglobin, mengandungi kesemua 8 jenis vitamin B yang diperlukan badan bagi menggantikan nutrisi vitamin B yang telah hilang termasuk folat yang penting dalam perkembangan bayi yang si

boleh juga ADD ON esp,ostematrix dan omega guard:
♡~ostematrix (kalsium) :
juga amat baik untuk masalah simpul biawak, sakit pinggang, belakang, lenguh kaki tangan. 
♡~energy soy protein (esp) :
amat bagus untuk ibu yang mengalami alahan kerana esp memberi tenaga yang berpanjangan. 
♡~omega guard :
minyak ikan yang kaya dengan DHA membantu perkembangan otak bayi dan juga mengawal kolesterol dalam tubuh ibu.

peringatan                                ~~~~~~~~
~ elakkan pengambilan vitalea bersama-sama dengan ostematrik kerana kalsium akan melemahkan penyerapan zat besi. 
~elakkan pengambilan vitalea bersama-sama dengan susu kerana susu mengandungi kalsium. 
~pesakit THALASSEMIA TIDAK BOLEH mengambil vitalea kerana mengandungi zat besi.

###############################################
Kekalkan Kesihatan & Kecerdasan!
Sihat & Berjaya bersama saya
Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini
Sila hubungi saya segera :

Perunding Vitamin Anda : FARAH WAHIDAH BINTI ABDULLAH
Pengedar Sah Shaklee Kawasan BALING, KEDAH
Shaklee ID [ No : 1102975 ]
Whatsapp / SMS : 0195078987
Email : faidaqisminabalqis@gmail.com
Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee dengan ID 1102975.
Anda boleh dapatkan produk Shaklee dari saya ye...
Stokis kecil dirumah saya sendiri......
###############################################


Posted via Blogaway

Tiada ulasan: